Total Pageviews

Wednesday, March 29, 2017

Nusyuz dan derhaka seorang isteri


Assalam…aku kerap kali mendengar mengenai kisah masalah rumah tangga. Semua pihak menuding jari pada sang suami. Bahkan banyak  nasihat2 dan komen  di media2 sosial juga mengkritik dan menyalahkan suami. Dimana hak suami atau lelaki?

Dalam sebuah hadis Rasullulah bersabda bermaksud:

“Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.”

(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Tahukah anda wahai kaum hawa bahawa Rasulullah pernah besabda bahawa ramainya ahli neraka itu adalah dari kaum Hawa itu sendiri

Sabda Rasulullah bermaksud:

“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.

Rasullullah  ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”

(Riwayat al-Bukhari)

Jadi bagaimana ini boleh berlaku.  Dalam hadis lain, Baginda bersabda yang diriwayatkan oleh muslim bersabda bermaksud:

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.”

Tidak pernah terlintas di fikiranku di suatu ketika dahulu kerana aku melihat ibuku sangat taat pada ayahku (menyediakan air minum untuk ayahku sejurus ayahku sampai rumah dari tempat kerja). Begitulah hari-hari yang berlaku. Tambahan pula, jika dilihat dimasjid rumahku penuh dengan jemaah wanita hadir sama ada baca yaasin di malam jumaat atau mendengar ceramah.

Semakin aku membesar semakin banyak yang aku lihat kederhakaan isteri kepada suami. Cetek sangat kah ilmu agama manusia masa kini atau mungkin tanda kiamat sudah dekat dimana ilmu dan ahli agama diangkat/ditarik. Ya Rabbi.

Apa yang sering aku perhatikan kederhakaan isteri terhadap suami itu banyaknya datang dari perbuatan menyakiti hati suami dengan meninggikan suara, tidak menunaikan hajat suami atau meminta cerai. Perkara ini seperti perkara biasa dizaman moden yang kian sampai ke penghujung (kiamat)

Sabda nabi yang bermaksud

” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Hadis lain Sabda Rasulullah :

“Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah bermaksud:

Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.”

(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

 Begitu juga dengan tindakan seorang isteri yang keluar rumah tanpa izin suami. Tidakkah seorang isteri itu terfikir akan larangan yang nabi telah sebutkan dahulu. Masha Allah. Risau dengan dunia sekarang ni

Sabda nabi yang bermaksud:

“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.”

(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Jika ini pon berlaku tidak pelik lah hadis mengenai mengikat isteri di rumah seperti hadis dibawah

Dari Ibnu Umar (radhiallahu ‘anhu), bersabda Rasulullah (): Dajjal tinggal di tanah berair di Marriqanah, maka kebanyakan orang yang keluar mengikutinya itu dari kalangan kaum wanita, sampai-sampai seorang lelaki pulang untuk menemui isteri, ibu, anak perempuan, saudara perempuan, dan bibinya, kemudian dia mengikat mereka kuat-kuat karena khawatir kalau-kalau wanita tersebut pergi mengikuti Dajjal.

(H.R Ahmad)

Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud:

“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”.

Kemudian aku bertanya lagi : “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.”

(Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Tuesday, March 28, 2017

First time travel dan Korea Selatan destinasi pilihan

Awal tahun 2012 member aku ajak pergi melancong oversea…..dan aku on je sbb aku tau walaupun 1st time pegi melancong luar Negara dgn pgalaman pon xde tp aku percaya kat member aku yg hati kering ni….M bukan  nama sebenar (nak jugak haha)…perancangan kitaorg cam ni…
Bln 1 – Survey harga tiket, currency, tempat-tempat menarik dan cost lain2
Bln 2 – kitaorg decide nak pegi korea selatan sbb tiket murah masa tu and terus book…M yg ajak melancong tp dia yg xde duit..jd aku yg baik hati ni dahulukn duit tiketnya. Tket pergi balek masa tu RM600 lebih je sorang, naik Airasia…byk yg di kurang kn la mcm cost bagasi (sbb bag pack bwk naik cabin), makan dan tmpt duduk…dpt la jimat kat situ…


Boarding pass aku check-in through online

Bln 3 dan 4 – survey tmpt2 menarik. Antaranya myeong dong, lotte world, pulau nami dan ada tempat2 yg kitaorg pegi unplanned menara namsan, tower KLI 63…sume ni sebab aku byk bce kat blog n member aku kaki cite korea…
Bln 5 – book tempat tinggal (1 malam di myeongdong) dan belajar bhse sikit2


Hari yg di tunggu tlah tiba, bergerak naik flight dr JB ke KL tgh mlm and tido kat airport (mse tu kt LCCT)…sbb ye la 1st time mst la awal kn huhu…disebabkan da check-in awal so pg tu just verify document n then we’re flying to korea..6 jam woo…buat tahi mata je la…akhirnya anyeong haseyo..
Utk sapa yg pertama kali sampi korea, bole bli bnde ni T-money…topup dlm RM50-RM100 atau 30,000 won mse tu…


T-money ni bole bli dekat kdai2 dsana tp better bli mse kat airport

T-money ni kegunaan die sama mcm touch n go kat Malaysia…senang untuk pegi mana2 terutama sekali guna subway (sbb kitaorg gne tu je)
Hari pertama
4.00 pm:  smpi airport Incheon terus ke kaunter info bli tiket naek shuttle bas ke myeong dong(jauh gak nk ke myeong dong). Mintak sekali Map. Mse dlm bas kitorg pon xsure da smpi ke tak dan kebetulan ada tourist dr China n slalu g korea yg tolong…(tron kt last 2 station kalo xsilap)
6.00 pm: check –in kt myeongdong guest house yg terperosok celah2 kota seoul.
7.00 pm: jalan di myeongdong terutama pasar dongdaemon…disbbkan 1st time pegi oversea dan kuatnya iman kitaorg (cewah) kitaorg kbulur satu hari n just beli snack pringle buatan Malaysia hahaha ni je yg cnfrm halal
8.00 pm: pegi ke Namsan tower. Untuk sampai ke puncak namsan, terdapat 3 cara.
·         Naik cable car..(kitaorg naik ni…kena beratur pjg untuk beli tiket)
·         Naik bas (kenderaan lain tidak dibenarkan masuk)
·         Jalan kaki...trek dan tangga pejalan kaki disediakan


Menara Namsan dikala Malam

yang paling terkenal kat namsan ialah love pad lock. Simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang ada nama pasangan di puncak Gunung Namsan.
 

Tmpt mgunci cinta(katanya)

Dan dri sini jugak bole tgk bndar seoul waktu mlm



Disebab kan penginapan dekat je dgn namsan tower (lalu belakang lorong) Balik boleh lah guna tangga (pic dri salah satu blog yang aku baca).



Hari kedua

8.00 am: kne check out sbb silapnya book satu hari huahua mtk extent hari dri owner xbg die sruh book dlu…kdkut pyer owner..da lah bilik kecik (amek yg plg murah) hehe. Mgangkut la beg ke sana sini
9.00 am: so kitaorg plan pegi Lotte world sbb xnk buang  masa…so kitaorg byr satu locker kat sana utk simpan beg.  Lotte world ni kira mcm themepark kat genting tp kecik sikit ada indoor and outdoor. Hotel pun ada tp kalo rse kaya bole la stay sbb dah tye (konon2 kaya la) 1 malam = RM900…puihhh…so kitaorg pon maen la yg outdoor pyer…kat sana level dia xsama cam Malaysia sbb die pyer seram gila khinzir pyer seram.
 




Yang ni outdoor                                                   Yang ni indoor
4.00 pm: masa utk choww dan meneruskan misi utk mencari tempat tido di Itaewon. Itaewon adalah nama sebuah daerah perdagangan dan pelancongan yang sangat terkenal di kalangan pelancong asing. Azab jugak nk mencari bkn susah sbnrnya tp ye la kn kat sana tmpt2 berbukit2 so penat die lain sikit. Bile msuk xde owner…smpi la jumpe tmpt ni n nekad tidur sini kalo pusing skli lg xde tmpt pginapan. So, we decided to stay masjid di bawah.



Nama rasmi masjid itu, “Seoul Central Mosque.”
kaum Muslimin yang tinggal di Seoul, ibu kota Korea Selatan, lebih mengenalnya sebagai Masjid Itaewon. Masjid tu bleh dikatakan satu-satunya masjid di kota yg jika turun hujan berubah menjadi kota sejuta payung. Luckily, jmpe 1 motel yg sblm ni ktaorg pegi tp xde org…owner die sorg nenek tua…xingat bpe RM tp utk 2-3 hari kitaorg dpt murah…kitaorg byr lbh la anggap sbg sedekah. Motel tu berdepan dgn pusat karaoke. So bila da smpi tu membuta la apa lg pnat pyer psl.
8.00 pm: pegi mkn kt restoran arab


Lg satu, org Korea ni sombong sket mgkn sbb xbrpa pandai English…kalo nk tye org ke polis mmg payah dorg akan lari…boleh crik student U la kalo nk tye..mlm tu kitaorg merayau-rayau ke:

            
Bangunan KBS – TV station        Bangunan KLI 63

Hari ketiga
8.00 am: crik sarapan di kwsn sekitar.


Bermula lah pengembaraan ke Pulau Nami. Sesiapa yg meminati drama Korea winter Sonata should go there. sebelum tu beli bekal kebab dkt kdai turki…transport plak kne byk bce blog sbb nk ke sne gne tukar train. Kalo bas plak ada schedule die sndiri. Atau bole follow cara kitaorg dibwh:
1)Naik JUNGANG LINE untuk ke Sangbong Station untuk transfer lagi ke GYEONGCHUN LINE atau ITX (Hijau Muda)
2)Naik GYEONGCHUN LINE untuk ke Gapyeong Station  perjalanan ni yang makan masa sket dalam 53 minit baru la sampai.
3)Dari Gapyeong Station perlu naik teksi/Shuttel Bas ke Port Nami Island.
Dan……
 





    
Im proud to be Malaysian….Malaysia di mana-mana



Papan Tanda (spatutnya Brunei bkn Singapore) Feri utk pergi balik ke Pulau Nami

Hari keempat
8.00 am: siap2 sarapan dan g shopping perabih duit balance yg ada. Slh satu tmpt kt itaewon, owner die bole speak in Malay dan rmi org Malaysia yg dtg kedai aunty tu. Lepas shopping terus mnaiki subway ke Incheon airport
 


Antara Airport terbaik dunia


Check-in siap2 masa kat KL so just verify document kat kaunter saja

Gajet baru selari dengan peredaran zaman

Aku selalu mengimpi kan untuk memiliki sebuah telefon bimbit pintar (smartphone) kerana telefon bimbit (HP) lama yang aku pakai sudah tidak relevan di zaman yang semakin canggih (xnk la org gelar zaman batu kn). Tapi macam kurang ajar plak sebab HP lama ni lah peneman aku masa belajar dan yang paling sayang sekali HP ni dihadiahkan oleh ayahku sendiri



Ini HP N73 yang aku pakai dari zaman university
Kumpul punya kumpul duit gaji dan OT (paksa rela haha OT smpi pg) akhirnya…awal tahun 2012 maka tertunailah hajatku dan jeng jeng jeng
 


Smartphone idaman muda mudi masa kini
Sebuah iphone model 4s dr Apple….bangga sekejap tp bukan riak la…Alhamdulillah…maka berhuhu lah aku selama sebulan sampai bosan…dah lama aku aim HP ni dan aku selalu buat perbandingan dulu sebelum beli…aku compare kan dgn Samsung  dan model-model lain…masa tu Samsung baru launch model S2.

Kalau orang tye apa benda pertama yang aku beli masa kerja dan inilah dia hehe…